Sejarah


SEJARAH SEKOLAH                      

 Sekolah Menengah Kebangsaan Belara telah dibuka dengan rasminya pada 15 Mei 1978 bersamaan dengan 8 Jamadil Akhir 1398 H oleh YAB. Dato, Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini terdiri daripada empat blok bangunan iaitu Blok A (dewan dan bilik kelas), Blok B (ERT) dan Blok C (bilik kelas dan makmal) dan bangunan kantin,  diikuti dengan satu blok bangunan bengkel. Dengan prasarana ini, sekolah mampu menerima pendaftaran pelajar seramai lebih 300 orang pelajar dan seramai 16 orang guru.

SMK. Belara menerima pelajar-pelajar daripada kawasan sekitar dengannya iaitu SRK Belara, SRK Kampung Tengah, SRK Kesom, SRK Beladau Kolam, SRK Manir, SRK Bukit Petiti, SRK Banggol Peradong, SRK Pulau Manis, SRK Bukit Taduk dan beberapa sekolah lain. Majoriti pelajar sekolah ini berbangsa Melayu.
Pada tahun 1987, SMK Belara mendapat tiga blok tambahan (satu tingkat) dan blok yang dinamakan blok Langsat, Pendidikan Seni dan blok Duku. Sejajar dengan pertambahan pesat bilangan pelajar, sekolah ini terus berkembang dan bertambah bilangan bilik darjah. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1989 SMK Belara telah mendapat dua blok tambahan dua tingkat iaitu blok D (Bangunan Pentadbiran / Bilik Guru dan Makmal) dan Blok E (Bilik Kelas dan Koperasi). Bilik tambahan ini telah dibuka dengan rasminya oleh YB. Saudara Anwar bin Ibrahim, Menteri Pendidikan iaitu pada 13 Jun 1989 bersamaan dengan 9 Zulkaedah 1409H.
Pada tahun 1989 telah dibina sebuah surau yang boleh menampung seramai lebih kurang 1000 pelajar. Pada tahun 1990, sebuah asrama desa yang mampu menampung 100 orang pelajar (50 orang lelaki dan 50 orang perempuan) telah siap dibina diikuti dengan empat unit rumah guru. Pada tahun 2000, sebuah blok (satu tingkat) empat bilik kelas telah siap dibina.
Pada akhir tahun 2004, dua blok bangunan tambahan tiga tingkat, sebuah dewan, dua blok bangunan Asrama dan surau dan sebuah Makmal ICT telah siap dibina pada akhir 2005. Mulai 2006 kelas ICT mula diperkenalkan.
Pada tahun 2007 jumlah pelajar melebihi 2,300 orang dengan jumlah guru seramai 140 orang dan 74  kelas. Sistem persekolahan dua sesi masih dikekalkan. Pada 2008 bangunan MPV Perabot telah dibina bagi memperkenalkan mata pelajaran MPV kepada pelajar. Manakala pada 2009 blok kantin telah diubah suai bagi menampung bilangan guru dan pelajar selain memberi keselesaan kepada guru dan pelajar.
Pada tahun 2010, bangunan MPV Tanaman Makanan telah siap digunakan untuk menampung pelajar yang mengambil mata pelajaran MPV Tanaman Makanan – mata pelajaran yang baharu diperkenalkan.
Semenjak mula dibuka sehingga 2015, SMK. Belara dipimpin oleh seramai 11 orang Pengetua sebagaimana berikut :

1. Encik A. Kadir bin Othman - 01.01.1976 hingga 31.12.1979.
2. Encik Mohd bin Embong - 01.01.1980 hingga 31.07.1982.
3. Tuan Haji Said bin Haji Nik - 01.08.1982 hingga 31.01.1988.
4. Tuan Haji Abd. Razak bin Ramli - 16.02.1988 hingga 30.11.1992.
5. Tuan Haji Karim @ Kasim bin Hassan - 01.12.0992 hingga 31.11.1995.
6. Tuan Haji Hassan bin Senik - 16.11.1995 hingga 01.01.1998.
7. Puan Hajah Zalila binti Said - 16.01.1998 hingga 31.12. 2003.
8. Tuan Haji Ishak bin Haji Abu Bakar - 01.01.2004 hingga 21.06. 2007.
9. Encik Abdullah bin Mamat - 16.07.2007 hingga 31.03. 2011.
10. Puan Jamia’h binti Lasiman - 01.06.2011 hingga 31.12. 2013.
11. Puan Hajah Wan Kelsum binti Wan Hitam - 01.01.2014 hingga sekarang.


No comments:

Post a Comment