Piagam Pelanggan
KAMI WARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BELARA
DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI
AKAN MENUMPUKAN SELURUH USAHA DAN TENAGA KAMI UNTUK
MURID
1. Mengajar dan mendidik murid mengikut peruntukan masa yang telah ditetapkan, bersistematik, inovatif, demokratik dan sentiasa mengikut potensi individu.
2. Sentiasa memupuk dan membina akhlak dan sahsiah murid yang baik, menekankan pendidikan yang bersepadu, seimbang dan menyeluruh dalam semua aspek serta mengamalkan sifat adil, penyayang serta berintegriti.
3. Mendisiplinkan semua murid pada setiap masa dan mengamalkan kepimpinan melalui tauladan.
4. Menyokong perkembangan bakat dan potensi individu murid dalam pelbagai bidang.
5. Sentiasa mempertimbangkan setiap cadangan dan pendapat mereka.
GURU DAN STAF
1. Bersedia membimbing dan memastikan guru dan stafmen dapat kursus dan latihan yang secukupnya untuk meningkatkan profesion mereka.
2. Memberi layanan yang adil, saksama dan bersedia menerima pandangan yang membina.
3. Memupuk semangat kerja berpasukan dan berintegriti.
STAKE HOLDER
1. Mengambil tindakan sewajarnya terhadap setiap arahan atau pekeliling daripada KPM, JPN dan PPD.
2. Melayan mesra, bekerjasama dan menyelesaikan masalah semua pihak dengan segera.
3. Menerima pandangan dan cadangan yang membina untuk kebaikan.
No comments:
Post a Comment